RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 29 Jun 2018

Lelaki Seperti Dia 1




BAB 1


Keadaan kelab malam Urban kelihatan begitu meriah dengan kehadiran para muda-mudi menghabiskan masa lapang bersama. Pakaian masing-masing usah dikata la, ada yang hanya memakai baju lengan dan seluar pendek yang ketat dan ada juga yang hanya bersinglet nipis yang menampakkan bayang-bayang lurah untuk tayangan para lelaki. Disebalik kebanjiran manusia di dalam kelab malam itu, Airyn Arfeena sedang sibuk meneguk air haram bersama teman-temannya.
            Tatkala itu, perasaan serba salah dan dosa masih belum tersisa di dalam hatinya. Apa yang dia mahu hanyalah keseronokkan dan kebahagiaan.
            “Ryn, sudah pukul 3.00 pagi. Jom la balik! Nanti Mama Yong marah kalau kau balik lewat macam ni?” tegur Izni Haryati, sepupu kepada Wafa. Sambil menegur sambil badannya masih terliuk lentok menari mengikut rentak lagu yang dimainkan.
            “Alaa… baru pukul 3.00 pagi! Rilekslah!” ujar Airyn Arfeena dalam keadaan lalok kesan pil estacy yang diambil membuatkan dia separa sedar.
            “Nanti karang Mama Yong telefon marah-marah… aku tak nak masuk campur!” gurau Izni lagi. Sengaja dia menakutkan rakannya itu. Bukan apa, dalam banyak kawan-kawan Airyn, hanya Izni Haryati sahaja yang dikenali oleh kedua ibu bapa gadis itu. Malam ini walaupun bukan atas kerelaannya untuk ke sini, dia masih rasa bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan Airyn. Lagi-lagi Airyn gemar berlibur di tempat-tempat sebegini.
            “Apa barang mama aku nak telefon time-time macam ni? Mama aku kan outstation dekat London sekarang ni. Takdenya dia nak telefon pagi-pagi buta tanya pasal kita!” balas Airyn sambil menikmati air minumannya itu.
            “Oh, Mama Yong outstation. Patut la kau suruh aku tidur di rumah kau malam ni,” getus Izni lagi. Dia masih gusar. Melihatkan keadaan Airyn yang begitu seronok melayan muzik yang dimainkan, dia yakin gadis itu pastinya akan lebih lama duduk di sini. Dia takde pilihan, kalau dia balik sekarang… dia nak balik naik apa? Semestinya kehadirannya di sini adalah bersama dengan Airyn. Dia takde kenderaan. Pagi-pagi buta macam ni pun mana ada teksi atau grab nak datang ambil dia. Nak tak nak, dia terpaksa menunggu Airyn sampai kepenatan baru gadis itu mahu pulang.

Pukul 6.00 pagi…
            Kereta Mini Cooper S mula menyusur laju melalui simpang jalan ke rumah Airyn. Airyn yang dalam keadaan separa sedar cuba memandu dalam keadaan yang merbahaya walaupun acapkali ditegur oleh Izni agar memperlahankan pemanduannya. Hampir sahaja dia melanggar sebuah motosikal yang ketika itu menyusur dari arah lawan jalan.
            Motosikal Yamaha 125z yang ditunggang oleh Raid Aryan ketika itu cuba mengelak kereta Airyn lalu berlanggar dengan pembahagi jalan. Bibirnya tidak henti-henti mengucap istighfar sambil mengurut dada. Nasib baik dia sempat mengelak. Kalau tidak, entah-entah dia dah arwah sekarang ni. Raid Aryan hanya memerhati sahaja kereta tersebut sehingga bayangnya hilang. VA12 no platnya. Dia menggelengkan kepala. Kakinya luka sedikit akibat terkena serpihan batu di pembahagi jalan itu. Namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk pergi ke masjid bagi menunaikan solat subuh. Raid Aryan kembali menunggang motosikalnya menuju ke destinasi yang dituju.
            ‘Mini Cooper S Plat No. VA12. Aku akan ingat nombor plat itu,’ bisik hati kecilnya menahan geram.
            Izni sempat melihat keadaan motosikal yang hampir dilanggar oleh rakannya itu. Naik takut jadinya kalau-kalau berlaku kemalangan tadi. Bila ditoleh ke arah Airyn, langsung takde rasa bersalah yang terpamer di riak wajahnya. Sampai sahaja di perkarangan rumah, Wafa memakirkan kereta lalu segera membuka pintu.
            “Ryn! Kau ni memang bahaya betul la! Nasib baik la tak terlanggar orang yang bawak motor tadi!” marah Izni lalu mengendong beg tangannya menuju ke pintu rumah.
            “Sekarang ni aku ada langgar tak?” sengaja dia memprovok sepupunya itu.
            “Takdelah! Tapi kau hampir langgar dia tau! Dah la tu, kau boleh selamba tinggalkan dia macam tu. Mana la tau mamat tu cedera ke apa ke? Tak ke susah kita nanti?”
            “Arghh bising la kau ni! Aku dah mengantuk! Aku nak tidur! Kalau kau nak membebel, kau sambung tengahari esok ok?” balas Airyn lalu segera berlari menaiki tangga menuju ke biliknya. Kelopak matanya semakin berat untuk terus terbuka. Dalam fikirannya hanya nampak katil sahaja. Selebihnya, dia malas nak ambil peduli. Izni Haryati hanya menggelengkan kepala. Di dalam hatinya masih risau akan keadaan mamat motor tadi. Selamatkah dia?
*****
            Usai sahaja solat Subuh, Raid segera mengambil seliparnya lalu menuju ke motosikal. Baru sahaja dia hendak menghidupkan enjin, kedengaran seseorang memanggil namanya dari arah belakang.
            “Abang Raid!” jerit gadis yang masih memakai telekung itu menuju ke arahnya.
            “Oh Nurul…” balas Raid sambil tersenyum. Dia masih lagi cuba untuk menghidupkan enjin namun belum berjaya.
            “Abang dah nak balik ke?” tanya gadis yang dipanggil Nurul itu.
            “Haah. Kejap lagi abang nak bersiap pergi pejabat. Ada apa Nurul panggil abang?” Mata Raid masih lagi meliar ke arah ekzos motosikalnya. Agak pelik apabila enjin motosikalnya tidak boleh hidup walaupun sudah ditekan punat starter berkali-kali.
            “Oh takde apa la. Saja Nurul tegur abang sebab nampak abang tergesa-gesa tadi. Ingatkan ada hal yang mustahak. Err… motosikal abang tu ok ke?” langkah Nurul semakin panjang apabila dia mendekati Raid untuk melihat apa yang berlaku.
            “Entah la. Tadi motosikal ni ok je. Tak tahu kenapa enjin tidak boleh hidup…” ujar Raid lagi. Senyuman dibibirnya masih lagi tidak lekang dari tadi. Kerana senyuman itu la yang membuatkan Nurul Insyirah tidak boleh lena. Seringkali mengganggu mimpinya.
            “Oh, apa kata abang tumpang kami sahaja. Kebetulan Nurul datang dengan mak abah. Lagipun rumah abang dengan kami bukannya jauh. Selang beberapa buah sahaja kan?” usul Nurul lagi. Dalam hatinya berharap agar pelawaannya itu diterima. Dia masih belum puas untuk melihat wajah kacak lelaki itu lebih-lebih lagi Raid adalah lelaki yang tidak lekang senyuman dari bibir. Setiap kali dia memandang, hatinya rasa sejuk dan bahagia. Untung betul la siapa yang dapat jadi isteri lelaki ini. Sudah la hensem, baik budi pekerti pulak tu!
            “Errm… tak mengapa ke kalau abang tumpeng? Takut menyusahkan keluarga Nurul pulak?”
            “Eh, takpelah abang! Mak abah ok. Ha, tu diorang tengah tunggu. Jom la! Tinggalkan dulu motosikal abang tu dekat sini. Nanti abang call la mekanik datang baiki!” ujar Nurul lagi bersungguh-sungguh.
            “Ok, Nurul. Terima kasih sebab sudi tolong abang…” balas Raid. Kalau tidak disebabkan pagi ini dia ada urgent meeting, tentu dia tidak akan menerima pelawaan gadis itu. Dia sanggup menelefon Zaki, mekanik kawasan perumahan mereka itu datang membantu. Namun dia tidak punya pilihan. Lagipun dia bukan tidak mengenali kedua ibu bapa Nurul. Mereka sudah seperti satu keluarga kerana kawasan perumahan mereka ahli-ahlinya begitu rapat dan saling mengenali antara satu sama lain.
            Raid melangkah mengekori jejak Nurul menuju ke kereta. Kedua ibu bapa gadis itu seakan-akan faham keadaan yang dihadapi Raid apabila kehadirannya itu disambut dengan baik.
            Sepanjang perjalanan, mata Nurul masih tidak berkelip memandang Raid yang duduk di kerusi hadapan bersama ayahnya. Walaupun hanya sipi-sipi sahaja sudah cukup membuatkan hatinya berbunga-bunga.
            “Sudah lama ke Raid bekerja di Syarikat Gramuda Berhad?” tanya Encik Husin sambil matanya masih fokus ke arah pemanduan.
            “Dalam 4 tahun jugak la pakcik...”
            “Hurm… lama jugak ye. Ye la, kerja di situ agak secure sikit. Lagi-lagi syarikat besar macam tu. Gaji pun bagi pakcik, not bad jugak kan?” ujar Encik Husin lagi. Matanya mengerling ke arah Raid seolah-olah sengaja mengorek rahsia.
Raid hanya tersenyum mengangguk.
            “Abah, Abang Raid ni bukan calang-calang orang tau. Dia ni Senior Engineer dekat situ!” tiba-tiba sahaja Nurul menyampuk perbualan mereka.
            “Oh yeke? Besar jugak jawatan tu. Untung la siapa yang jadi isteri Raid kan?” sengaja dia mengusik sambil matanya menelek ke arah anak kesayangannya melalui cermin pandang belakang. Encik Husin sudah lama mengetahui bahawa Nurul Insyirah amat meminati Raid. Dari segi tingkahlaku, sememangnya Raid seorang lelaki yang baik dan bersopan-santun. Solat pun sering di masjid. Walaupun dia belum cukup kenal latar belakang jejaka itu namun dia percaya Raid juga dari keturunan yang baik-baik.
            “Takde apa la pakcik. Saya ni cuma kerja biasa-biasa je. Tak sehebat mana kalau hanya kerja makan gaji…” sangkal Raid merendah diri. Dalam hati dia pelik bagaimana Nurul boleh mengetahui jawatan yang disandangnya. Adakah Nurul mengenali staf-staf di tempat kerjanya itu?
            “Kerja makan gaji pun kerja halal, Raid. Pakcik tak kisah apa jenis kerja pun janji hasil rezekinya berkat…” balas Encik Husin lagi.

            Raid hanya tersenyum sahaja. Dalam hati berharap agar perjalanan ke rumahnya cepat sampai. Lagi lama dia dalam kereta itu makin banyak perkara yang akan terbongkar. Bagi Raid, sudah cukup untuknya mengenali keluarga ini hanya sekadar cuma sahaja. Namun untuk mengetahui lebih lanjut, dia tidak punya hati. Nurul pula sudah dianggap seperti adik perempuannya sahaja. Tidak lebih dari itu.

--------
Hai! Sudah baca? Minta tolong 'LIKE' kalau suka dan bagi rating untuk cerita ini ye! Lagi bagus kalau leh commen sekali hiks! Love you all!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...