RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 31 Oktober 2018

H.A.T.E 2

BAB 2
            Hazel yang baru sahaja bangun dari tidur segera mengambil keropok kentang yang dipegang oleh Izni. Kefokusan Izni kepada drama yang ditontoninya menjadi terganggu.
            “Kau ni kan, dah la bangun lewat! Bangun-bangun je terus rampas makanan aku! Bak sini la!” bentak Izni lalu merampas kembali keropoknya itu. Dia kembali menonton drama yang tergendala tadi.
            “Ala kau ni! Kedekut! Kalau setakat keropok kentang ni, aku boleh ganti sepuluh la!” ejek Hazel lalu segera duduk di sebelah sepupunya itu. Dengan hanya bersinglet kuning dan berseluar pendek hitam, dia duduk bersila memandang ke arah televisyen yang sedang menayangkan drama 7 hari mencintaiku.
            “Eee… jiwang betul la kau ni! Layan drama cintan-cintun macam ni apa barang! Cuba la layan cerita action sikit! Tak pun horror ke? Baru la ada life!”
            “Eleh kau ni! Cerita horror konon! Baru duduk gelap sebab power trip hari tu pun dah menjerit satu bangunan ada hati nak layan! Pergi dah!” perli Izni mengejek.
            “Eh hello, time tu aku tengah membuang bijih-bijih emas memang la aku terkejut. Hilang fokus aku kau tahu tak! Mana la aku tak jerit. Tapi sekurang-kurangnya jeritan aku tu dah bangunkan semua orang solat subuh ok. Tak payah tunggu azan!” balas Hazel lagi dengan nada riak dan mendabik dada.
            “Sudah la kau! Kalau setakat bangunkan orang solat subuh tapi tak solat sama jugak! Tak payah nak berlagak sangat la!” sengaja Izni menambah bara di hati Hazel.
            “Amboi mulut kau! Memang takde insurans kan!?”
            Izni buat bodoh sahaja. Lagi dilayan sepupunya ini baik dia layan drama kesukaan ramai itu. Mata Hazel meliar di segenap sudut mencari sesuatu.
“Weih, kau masak apa tengahari ni?”
“Masak apa? Aku masak maggi je!” sebaris jawapannya.
“Maggi je?”
“Habis tu? Kau ingat aku ni maid nak sediakan kau lunch?”
“Ingatkan bangun lambat ni ada la makanan dah tersedia kat dapur tu. Ni habuk pun tarak! Tak guna la aku suruh kau teman tidur rumah aku malam tadi…” perli Hazel sedas lalu bangun dari sofa untuk menuju ke dapur.
Izni sudah mencekak pinggang.
“Amboi-amboi makcik oi, sedap betul kau berbahasa. Cuba la belajar bangun awal sikit. Ini sudahlah nak masuk zohor baru bangun, lepas tu dengan tak mandi bagai pergi rampas makanan aku. Dah tu tanya aku pasal makanan tengahari pulak? Banyak cantik muka kau? Anak dara pemalas betul la kau ni! Nasib la Mama Yong ke oversea, kalau tak aku rasa pagi-pagi lagi mama kau dah berleter,” habis semua dihamburkan ke telinga Hazel. Naik mendidih dia mendengar kata-kata berapi dari mulut sepupunya itu. Sejak dua menjak ni semakin menjadi-jadi bahasa sepupu kesayangannya itu.
“Mak aih, gurau-gurau pun kau ambil serius kan? Dah la! Kejap lagi aku nak keluar beli makanan. Kau nak ikut tak?” ajak Hazel acuh tak acuh.
“Kalau kau nak belanja, aku ikut la. Kalau tak, aku makan keropok ni je la..” sengaja Izni menduganya.
“Jom la siap! Aku belanja!” ujar Hazel lalu segera melangkah naik ke atas tangga untuk bersiap.
“Yeay, thank you my lovely cousin!” ucap Izni gembira sambil mulutnya melayangkan flying kiss kepada sepupunya itu. 
‘Nasib baik la aku sayang kau. Kalau tak, mati kebulur la kau dekat situ!’, getus hati kecil Hazel menghambur.
*****
            Sebaik sahaja mereka selesai makan, Izni menemani Hazel untuk membeli-belah. Hazel tidak bekerja. Malah segala perbelanjaannya ditanggung oleh mamanya. Hazel juga merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Sebab itu dia disayangi dan kerana kasih sayang yang diberikan itulah membuatkan Hazel menjadi terlalu manja, pemalas dan inginkan keseronokkan sahaja.
            Hazel tidak mempunyai ramai kawan rapat. Kawan yang ada hanya sekadar teman untuk berhibur sahaja. Teman yang paling dia rapat cuma Izni Haryati yang merupakan sepupu merangkap kaunselor tak bertauliah untuknya.
Hazel dibesarkan oleh mamanya yang merupakan ibu tunggal merangkap usahawan yang berjaya. Mamanya mempunyai sebuah syarikat yang besar dan pemegang-pemegang syernya adalah dari saudara-mara dia juga. Hazel mempunyai saudara-mara dari pelbagai negara. Mamanya sendiri adalah Melayu-Thailand dan papanya adalah lelaki dari Filipina. Sebab itu wajah Hazel cantik dan persis pan-asia. Nama ‘HAZEL HUMAIRA’ diberikan juga disebabkan dia memiliki sepasang mata berwarna hazel dan berpipi merah.
“Hazel, kau belikan la aku beg coach satu,” pinta Izni apabila melihat Hazel sedang sibuk membelek beg-beg tangan berjenama coach itu.
“Ish kau ni… ayah kau dah limitkan perbelanjaan kau ke?” soal Hazel kehairanan. Izni Haryati bukanlah dari keluarga yang tidak berduit. Ayah dia sendiri merupakan pemegang syer terbesar di pejabat mamanya. Tetapi Izni seringkali meminta dirinya untuk berbelanja.
“Kau ni macam la tak faham dengan perangai ayah aku tu. Dia tu bukan macam mama kau tau. Ayah aku tu very strict. Setiap anak dia dididik untuk usaha sendiri kalau mahukan sesuatu. Kalau setakat nak belanja shoping-shoping macam ni bukan dia galakkan pun. Lagipun, duit gaji aku dah habis sebab aku dah terbeli set makeup dekat Sephora hari tu,” bebel Izni lagi meraih simpati.
            Hazel Humaira menggelengkan kepala. Simpati dengan nasib sepupunya itu. Dia sememangnya amat mengenali sikap Pak Ngahnya itu. Walaupun wang perbelanjaan diberikan, dia cuma memberi beberapa amount sahaja. Selebihnya mereka kena usahakan sendiri. Kadang-kadang bila terfikirkan soal itu, dia berasa amat bersyukur kerana mamanya tidak lokek dalam memberikan perbelanjaan hariannya. Mungkin kerana dia anak tunggal dan tidak mempunyai adik-beradik lain. Dan mungkin kerana dia tidak mempunyai papa sebab itu kasih sayang diberikan sepenuhnya oleh mama. Berbanding pula dengan Izni yang mempunyai adik-beradik seramai 4 orang menjadikan perbelanjaan yang diberikan oleh ayah mereka terpaksa dikongsi bersama.
            “Please la Hazel. Sekali-sekala kan? Lagipun mama kau pun tak kisah kau belanja banyak mana pun. Tak luak pun duit mama kau tu,” rayu Izni lagi membuatkan Hazel mengeluh kecil.
            “Ok. Kali ini sahaja aku belanja kau. Tapi lepas ni, kau beli sendiri ye!” ujar Hazel memberi amaran.
            Senyuman Izni sudah sampai ke telinga lebarnya. Akhirnya dia dapat membeli beg coach kesayangannya berharga RM4000.
            Selesai sahaja membeli-belah, mereka segera berjalan menuju ke parking kereta. Izni sudah berjalan laju ke hadapan meninggalkan Hazel yang sedang sibuk membelek beg tangannya untuk mencari kunci kereta Mini Cooper S-nya itu. Entah kenapa, dalam keadaan kalut itu dia terlanggar seseorang. Habis segala barang yang dipegang oleh Hazel jatuh ke lantai. Izni yang terdengar akan jeritan kecil Hazel itu segera menoleh.
            “Maafkan saya, cik. Saya tak sengaja…” ucap lelaki itu lalu segera membantu mengutip beg-beg plastik yang sudah jatuh menyembah lantai. Sebaik sahaja habis mengutip, dia segera memberikan beg-beg plastik itu kepada Hazel.
            “Eh, you ni buta ke? Tak nampak yang I tengah jalan depan you?” bentak Hazel geram. Rambut panjang yang mengurai diselak ke belakang.
            Kali pertama lelaki itu memandang wajah Hazel membuatkan dia terpesona.
            ‘Cantiknya…’ puji dia dalam hati. Hampir sahaja dia dilamun asmara.
            “Raid!” tegur rakan lelaki itu apabila melihat Raid seperti tidak terkutik apabila memandang gadis cantik di hadapan mereka.
            “Ah, maaf!” ucap Raid lagi sambil tersenyum. Kata-kata yang dilemparkan oleh gadis itu sebentar tadi langsung tidak diambil kisah. Yang ada sekarang ini hanya bayangan bidadari di hadapan matanya.
            “Lain kali mata tu jangan letak dekat lutut! Menyusahkan orang aje!”
“Maaf cik. Saya tak sengaja,” balas Raid lagi menundukkan dirinya memohon maaf.
“Sudahlah! Benci I tengok muka you ni! Loser!” bentak Hazel lagi apabila melihat lelaki di hadapannya ini tersengih dari tadi. Dia jadi pelik. Belum sempat lelaki itu membalas, dia pantas berjalan meninggalkan mereka berdua.
            Mata Raid masih lagi mengekori pergerakan Hazel dan sepupunya. Entah kenapa jantungnya berdegup kencang sejak kali pertama dia memandang gadis itu.
            “Eh, Raid! Sudah-sudah la tu. Perempuan tu dah blah dah pun!” tegur Hezriq membuatkan Raid tersedar untuk kali kedua.
            “Cantik beb!” puji Raid lagi. Dari tadi mulutnya tidak lekang menyebut perkataan cantik itu membuatkan Hezriq naik menyampah.
            “Kalau cantik tapi mulut cabul, baik tak payah!” balas Hezriq lagi menarik lengan Raid menuju ke arah deretan restoran di tingkat ground floor itu.
            “Ish, kenapa kau cakap macam tu?”
            “Kau tak nampak ke dia cakap apa dekat kau tadi? Dia panggil kau LOSER tau?”
            Kata-kata Hezriq itu membuatkan Raid ketawa kecil.
            “Ish, lawak ke aku cakap tadi sampai kau gelak macam ni?” soal Hezriq tidak faham dengan perangai sahabatnya itu.
            “Bukan la. Loser je kan dia sebut?”
            Hezriq menggelengkan kepala.
            “Loser means bodoh. Kau sanggup bila seorang tu anggap kau bodoh sebab beralah depan orang ramai tadi?”
            Raid tersenyum.
            “Dia tengah marah kan? Biasalah perempuan. Setiap kata-kata yang keluar ketika mereka sedang marah tu kadang-kadang bukan niat diorang pun nak cakap macam tu…” balas Raid dengan nada tenang.
            Hezriq tidak terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut Raid itu. Sepanjang lima tahun dia mengenali lelaki itu, Raid merupakan seorang lelaki yang kuat kesabarannya. Dia juga antara pekerja yang paling disegani oleh orang atasan. Sewaktu kali pertama mereka bekerja di syarikat Gramuda, dia sering dimaki hamun oleh pegawai-pegawai atasan atas sebab kerja yang diberikan tidak memuaskan hati mereka namun Raid masih lagi bertenang dan berfikiran positif. Mungkin sebab itu ramai yang senang dengan lelaki itu. Dan kerana sifat terpujinya itu la membuatkan Raid senang dinaikkan pangkat.
Raid tidak mempunyai teman wanita. Di pejabat mereka, terlalu ramai yang adore dengan Raid sampaikan ada yang sanggup membawa kedua orang tua mereka untuk meminang Raid namun lelaki itu menolak secara berhemah. Yang datang meminang itu pun bukan calang-calang perempuan, salah seorang dari mereka adalah anak bos mereka sendiri. Cuma Raid sahaja yang terlalu memilih. Hezriq sendiri tidak tahu wanita jenis macammana yang menjadi pilihan lelaki itu. Cantik? Anak bos mereka yang meminang Raid merupakan bekas Ratu Cantik Kebangsaan itu pun dia tolak. Jadi Hezriq menyimpulkan bahawa bukan kecantikan yang dipilih. Duit? Raid bukan jenis lelaki yang gilakan duit. Agama? Pernah yang datang bertanyakan lelaki itu adalah dari kalangan anak imam masjid tetapi Raid tetap tidak berkenan walaupun ciri-ciri anak imam itu sangat sesuai untuk lelaki jenis macam dia.
“Aku sendiri pun tak faham la dengan kau ni Raid. Kau ni datang dari planet mana ye sampaikan perempuan tu herdik kau macam tu sekali kau boleh buat rilek je?” soal Hezriq lagi.
“Hahaha. Sabar kan kunci keimanan. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang…” jawab Raid sambil ketawa kecil.
Hezriq julingkan mata ke atas. Pasrah dengan jawapan sahabatnya itu.
*****
            Dalam kereta Hazel, Izni menegur.
            “Kenapa kau pergi tengking mamat tu tadi?”
            “Dia tu la langgar aku!” balas Hazel dengan nada tinggi. Perasaan marahnya masih lagi belum hilang.
            “Dia tak sengaja kan? Kenapa kau pulak nak melenting lebih?” Geram pulak dengan sikap sepupunya ini yang tak pernah menjaga hati orang lain. Ikut sedap dia je nak menempik orang membabi buta.
            “Yang kau beria-ia pergi backup mamat tu dah kenapa?” marah Hazel lagi. Sudah la marah dia belum habis, ditambah dengan provokasi yang diberikan oleh Izni membuatkan perasaan marahnya semakin membara.
            “Aku tak nampak apa salah dia sampai kau nak tengking dia macam tu. Kita ni jangan selalu fikir kita di atas tau. Mamat tu dah minta maaf kan? Just forget it…” ujar Izni lagi membuatkan Hazel terdiam.
“Aku benci sebab dia pandang aku macam nak telan aku hidup-hidup. Sebab tu aku jadi emosi bila tengok riak muka dia tu…” jelas Hazel lagi. Dia jadi jelek bila mamat tu pandang dia sebegitu.
“Dia buat muka gatal ke?” soal Izni ingin tahu.
“Takdelah muka gatal tapi riak muka dia tu macam tak pernah pandang perempuan. Geli aku rasa tau tak!” jelas Hazel lagi lalu segera menghidupkan enjin kereta.
“Itu tandanya yang kau tu cantik bagi dia! Pandang je kot, bukannya dia raba kau!” perli Izni lagi. Dia tak rasa salah pun tentang itu sampai Hazel perlu marah lelaki itu sampai begitu sekali.
“Ish, boleh tak kalau kita ubah topik lain? Aku malas nak cerita pasal benda ni lagi. Lagi menyakitkan hati aku ada la!” pinta Hazel lalu mengambil handphonenya apabila nama ‘Gerard’ kelihatan terpampar di skrin.
“Hello, hai Gerard! Haah I dekat Damansara sekarang ni! Apa? You nak datang ambil I? Sorry la Gerard, I lupa la pasal date kita hari ni. I dengan cousin I sekarang ni. Kitorang berdua keluar. Ala… you jangan la merajuk. I betul-betul lupa! Ok, nanti kalau I free… I call you back. Sorry my dear. Ok bye!” habis sahaja menyebut perkataan ‘bye’ itu, Hazel segera mematikan perbualan mereka.
“Kau ada date ke sebenarnya hari ni?” tanya Izni apabila melihat perubahan wajah sepupunya itu.
“Haah, tapi aku sengaja la lupa…” selamba sahaja Hazel membalas.
“What? Sengaja? Eh, hello… It’s Gerard ok! Pakwe kau! Apesal kau tak nak jumpa dia? Kau ni memang tolak tuah la!” bebel Izni lagi. Gerard merupakan seorang lelaki kacukan China-Thailand. Anak kepada Dato’ Seri Tan Chui itu merupakan seorang lelaki yang kacak, bergaya dan berduit. Punyai bisnes sendiri tanpa memerlukan pertolongan dan nama ayahnya untuk survive. Lelaki itu merupakan pilihan gadis-gadis semalaya. Punyai ciri-ciri yang lengkap dan sempurna. Tetapi nak buat macammana, lelaki itu lebih sukakan Hazel dari dirinya walaupun kecantikan mereka berdua lebih kurang sama sahaja. Tapi si minah ni boleh pulak tolak tuah bila orang se’perfect’ Gerard itu concern lebih pasal dia.
“Not my taste~” selamba Hazel menjawab.
“Aku tak faham la dengan kau ni Hazel. Bukan sorang dua anak orang kaya yang rapat dengan kau tau! Ramai. Senang je kau tepis macam kain buruk. Aku yang lagi cantik dan ayu dari kau ni pun susah nak tackle si Gerard tu. Kau yang senang-senang dapat boleh buang gitu je,” bebel Izni tidak berpuas hati. Betul la cakap Izni. Dia bukan tak cantik. Kecantikan dia dengan Hazel lebih kurang je sebab mereka berdua dari keturunan kacukan. Tetap entah kenapa lelaki lebih tertarik kepada Hazel berbanding dia. “Kau pakai ubat guna-guna ke apa?” tanya dia tiba-tiba.
“Eh, hello! Sampai hati kau tuduh aku macam tu kan? Kau ingat aku ni takde agama ke? Kalau dah si Gerard tu suka dekat aku, tu memandangkan aku lebih vogue dari kau! Hahaha,” provoke Hazel sambil menjegilkan matanya. Tangan sudah menyelit ke dalam beg tangan untuk mengambil gincu. Lantas dia menarik cermin pandang belakang lalu mencalitkan sedikit gincu Inti-Matte Nudes itu dibibirnya. Warna coklat yang melekap menyerlahkan lagi keseksian bibir Hazel.
“Huh, kalau macam tu kau kena la hargai Gerard tu. Aku rasa dia betul-betul sayang dekat kau tau. Korang dah bercinta hampir dua tahun kot? Kau tengok macammana dia layan kau selama ni? Macam seorang puteri. Tapi kau layan dia macammana?”
Hazel senyap. Dia ada sebab kenapa begitu sukar untuknya menerima lelaki dalam hidupnya. Banyak kali dia cuba tetapi untuk mencintai seseorang dengan ikhlas bukan la satu perkara yang mudah. Gincu disimpan kembali ke dalam beg.
“Kalau kau tak nak si Gerard tu, apa kata kau bagi aku tips macammana nak pikat dia?” soal Izni lagi sambil mengangkat keningnya berkali-kali.
“Kau usaha la pikat dia dengan cara kau sendiri. Nanti aku terus-terang sahaja dengan dia yang aku takde hati dekat dia…” balas Hazel.
Mata Izni terkebil-kebil seolah-olah tidak percaya dengan pengakuan Hazel itu. Serius ke minah ni tak nak dengan si Gerard tu?
“Kau ni biar benar? Adakah sebab Gerard tu berbangsa cina sebab tu kau tak suka? Tapi kau ni melayu ke cina ke india ke semuanya kau tolak! Aku rasa orang luar negara sahaja yang kau terima kot?” ujar Izni membuat andaian.
“Cinta tak boleh dipaksa kan?”
“Tapi cinta boleh dipupuk!”
“Tapi kalau takde keikhlasan, tak menjadi jugak!”
“Aku doa sangat agar ada seorang lelaki yang bakal tundukkan kau satu hari nanti, Hazel. Dan biarlah lelaki itu lelaki yang sangat bersabar dengan kerenah dan perangai kau ni…” doa Izni sambil menyimpul senyuman manis buat sepupunya.
Hazel hanya menggelengkan kepala sambil buat muka malas. Malas nak bercerita soal lelaki. Bagi dia, istilah teman lelaki bukan dalam kamus hidupnya.
  
--------
Hai! Sudah baca? Minta tolong 'LIKE' kalau suka dan bagi rating untuk cerita ini ye! Lagi bagus kalau leh commen sekali hiks! Love you all!



-->

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...