RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 31 Oktober 2018

H.A.T.E 3


BAB 3
            “Apa salah I?” soal Gerard tidak berpuas hati. Ini kali pertama cintanya ditolak oleh wanita yang dia cintai.
            “I’m so sorry. All this while, I try to love you but I can’t. I believe you will get true love from someone else. You have everything, Gerard. For me it is not difficult for you to find others. By the way, Izni really like you. Why don’t you give her one chance?”
            Gerard mengeluh lembut.
            “I don’t like her…” luah Gerard.
            “But she’s ok. She’s the one that I love most and I put trust on her. I believe she will make you happy,” pinta Hazel lagi.
            “Hazel, orang yang I sayang adalah you! Since our first met I falled in love with you. How can you treat me like this?” tanya Gerard lagi.
            “Cinta tak boleh dipaksa kan?” lembut Hazel memujuk. Namun dalam hati timbul rasa bersalah kerana mempermainkan perasaan lelaki itu.
            “It’s so easy to say that word huh? It has been two years we put our relationship into serious part, but why now?” Gerard sengaja menduga. Cuba mencari ruang untuk menerima bahawa cintanya telah pun ditolak dengan kejam. Selama dua tahun perhubungan mereka, begitu senang Hazel membuang rasa sayang yang selama ini semakin bercambah. Tidak pernah dia menyayangi perempuan sepertimana dia menyayangi Hazel Humaira. Habis hubungan selama dua tahun ini untuk apa?
            “I don’t know how to explain. Please forgive me. I know it’s all my fault! I make you frustrated. But I don’t want to make wrong decision. Before it becomes worst, I should break it off…” ujar Hazel lagi sambil kedua-dua belah tangannya menggenggam antara satu sama lain.
            Gerard mengeluh lagi.
            “I will never give up. I will do anything to get your love back, Hazel,” janji Gerard.
            ‘Buat la apa sahaja Gerard. Kalau aku dah cakap ‘NO’ so jawapannya still ‘No’. maafkan aku,’ getus hati Hazel nekad.
*****
            “Kau dah break up!?” soal Izni terkejut.
            “Ye,” pendek sahaja jawapan Hazel.
            “But why?”
            “Sebab aku takde perasaan dekat dia…”
            “Tapi kau dengan dia kan dah dua tahun bercinta? Habis selama ni perhubungan korang tu sebab apa? Kawan semata-mata ke?” duga Izni lagi.
            Hazel senyap tanpa kata. Dia lebih termenung dari melayan sepupunya itu. Banyak yang bermain di dalam fikirannya.
            “Hazel, kalau kau terasa dengan kata-kata aku hari tu, aku minta maaf. Aku saja je la cakap yang aku nak si Gerard tu kalau kau dah tak nak. Aku… aku takde maksud apa-apa pun. Aku bergurau je. Aku harap kau jangan ambil serius dengan kata-kata aku tu,” pujuk Izni serba salah.
            “Eh aku tak kisah la. Aku clash dengan dia bukan sebab kata-kata kau tu pun. Aku memang dah lama takde perasaan dengan dia. Selama ni aku berlakon je depan dia sebab aku kesiankan dia…” jawab Hazel lagi. Dia tak mahu Hazel bersangka buruk soal itu. Sememangnya hati dia dah tak nak kepada lelaki itu.
            “Kesian? Kenapa kau cakap macam tu? Aku tak faham la. Kalau aku jadi kau la kan, dengan layanan yang dia berikan tu of course aku akan jatuh cinta weih,” ujar Izni lagi cuba memujuk Hazel.
            “Itu kau, bukan aku. Aku cuba sukakan dia tapi aku tak boleh. Kau rasa perlu ke aku nak paksa diri aku lagi? Cukup la! Aku tak nak mainkan perasaan dia lagi!”
            Izni mengeluh kecil.
            “Then what should you do now?”
            “Move on! Dan aku harap dia juga boleh move on….”
            Izni menggelengkan kepalanya.
            “Apa-apa aje la Hazel. Aku harap lepas ni kau jangan menangis guling-guling dah la kalau si Gerard tu dah ada kekasih baru…” sengaja Izni menduga dirinya.
“Whatever….”
Hazel Humaira seperti tidak terganggu sedikit pun dengan kata-kata Izni itu. Gerard nak ada awek lain ke apa ke dia dah tak nak ambil peduli. Apa yang penting, dia dah available sekarang ni. Boleh la dia pergi ke mana-mana tanpa perlu dibayangi oleh Gerard lagi. Dia rimas sebenarnya. Dia tak suka Gerard ambil tahu kemana dia pergi, apa dia buat. Apa yang dia mahu adalah dia nak kebahagiaan tanpa ada sebarang kongkongan. Even mama pun tidak pernah mengongkong dia inikan pula orang yang hanya sekadar kekasih dan tidak ada apa-apa pertalian hidup dan mati dengannya.
*****
            “Sampai hati Hazel buat Gerd macam ni mom! Apa salah Gerd? Gerd sayangkan dia tapi begitu senang dia minta kata putus. Gerd ni dah tak cukup sempurna untuk dia ke?” tanya Gerard sayu. Dia tidak berdendam tetap dia sedih. Dia begitu sayangkan Hazel Humaira. Walaupun mereka berlainan agama namun dia tidak kisah sekiranya dia perlu menukar agama hanya untuk mengahwini gadis itu. Tetapi dia tidak suka dipermainkan. Dia punya segalanya! Apa yang dia nak dia akan dapat! Tetapi kali ini dia sedikit terkilan kerana kekayaan dan kasih sayang yang dia ada belum mampu menarik perhatian Hazel Humaira.
            “Lupakan sahaja la perempuan tu. You and her is not meant to be! Buat apa nak dikejar pada yang dah tak mahu kita lagi kan?” pujuk Datin Seri Charlene. Dia tahu anak dia macammana. Dia tahu Gerard begitu sayangkan Hazel dan dia sendiri pun takde halangan untuk mereka berkahwin. Cuma dia tak faham. Selama dua tahun mereka bercinta kenapa baru sekarang gadis itu berterus-terang yang dia sudah takde hati dengan anaknya? Adakah Hazel sudah ada kekasih baru?
            “How could I forget her, mom? Two years we love each other, but she ruins everything!” balas Gerard kesal.
            Datin Seri Charlene memegang kedua-dua belah pipi anak lelakinya. Jelas tampak wajah kesal di riak wajah Gerard. Selama 30 tahun dia membesarkan anak lelakinya ini, ini kali pertama dia nampak Gerard begitu sedih. Anak dia susah untuk menangis tetapi kali dia lain. Dia tahu Gerard begitu kecewa tetapi apa yang dia mampu buat? Soal hati bukan boleh dipaksa.
            “Look my dear. It’s all about faith! If God creates her for you, she will come back to you. Otherwise, just let her go and make your heart free. You have everything my dear! I guarantee you will find someone better than her!” tambah Datin Charlene lagi.
            “No mom! I will not let her go! I’m sure I will get her love back!” janji Gerard.
            Datin Seri Charlene tiada bantahan. Dia kenal anaknya itu. Kalau hitam katanya, hitam la. Kalau putih katanya, putih la! Apa yang dia mahukan, Gerard tidak membuang masa untuk semua itu.
*****
            “I takkan mengaku kalah, Hazel. I will fight to get your love back!”
            Hazel sekadar mengeluh apabila Gerard menghubunginya malam itu.
            “Don’t waste your time, Gerard. You buat la apa sahaja, keputusan I tetap sama,” balas Hazel lagi.
            “I masih belum boleh terima yang you buang I macam tu sahaja. Do you meet someone better than me?” tanya Gerard tidak berpuas hati.
            “Nope!”
            “Habis tu kenapa you nak putuskan hubungan kita? Dan keputusan you ini terlalu drastik. Adakah kerana I terlalu mengongkong you selama ini?”
            “Ye!” balas Hazel dengan nada suara yang tinggi.
            Talian senyap tiba-tiba.
            “Itu sahaja jawapan yang you mampu berikan?” kedengaran suara Gerard agak sebak.
Namun itu tidak mampu untuk menukar keputusan yang diberikan. Dia sudah tidak mampu untuk memberikan Gerard peluang.
“You’re so mean!”
“You can say whatever you want to! But this is my decision. I won’t turn my word back! Please don’t call me then. I wish you will happy with your life! Bye~” ujar Hazel lalu menamatkan perbualan mereka. Dia melemparkan iphonenya ke birai katil lalu segera dia memeluk tubuh.
‘Jahat sangat ke aku ni? Tapi lagi jahat kalau aku teruskan lakonan ini. Entah la, aku sendiri pun tak tahu kenapa begitu sukar untuk aku menerima cinta lelaki. Walaupun bukan semua lelaki sebegitu tetapi hati aku tetap menolak. Bayangan silam sentiasa menyelubungi kotak fikiranku. Aku tidak pernah mengenali siapa papa aku. Yang aku tahu, sejak aku lahir sampai la sekarang aku hanya ada mama. Waktu kecil dulu aku selalu dibuli oleh kawan sekolah kerana aku takde papa. Kawan-kawan semua ejek kata aku anak haram. Setiap hari aku tanya mama dimana papa aku tetapi mama tidak pernah bercerita soal papa. Apa yang mama cakap, papa berasal dari Filipina dan mama diceraikan sewaktu aku masih lagi dalam perut mama. Dulu mama seorang perempuan yang sangat naif, sejak diceraikan dia kembali bangkit. Setiap hari mama bekerja keras cari duit. Aku dijaga oleh arwah tok pa dan tok ma sampai umurku tiga tahun. Dan selepas kehidupan mama stabil, baru mama kembali menjagaku. Aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Walaupun aku takde papa, tapi kasih sayang mama sudah cukup buat aku rasa bahagia. Dan mungkin sebab itu jugalah, aku benci dengan insan bernama lelaki. Aku tidak percaya yang lelaki zaman sekarang bertanggungjawab. Bagi aku semua lelaki sama! Sama seperti papaku!’ getus hati Hazel.
Iphonenya kembali berbunyi. Panggilan dari Gerard tidak berjawab. Hampir lima miscalled. Namun dibiarkan sahaja tanpa ada rasa bersalah.
“I’m so sorry Gerard. I wish you will find someone better than me” doa dia mengharap. 
--------
Hai! Sudah baca? Minta tolong 'LIKE' kalau suka dan bagi rating untuk cerita ini ye! Lagi bagus kalau leh commen sekali hiks! Love you all!



0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...